Tuesday, May 27, 2008

CARA PENANAMAN CENDAWAN



Pendahuluan

Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium(K) dan Posforus(P)yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap. Selain daripada tumbuh semulajadi ,ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakan. Cendawan hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Bentuk cendawan adalah pelbagai, tapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung.

Jenis-Jenis Cendawan

Tiram Kelabu
Telinga Kera
Tiram Putih
Abalone
Ling Zhi

Proses Penanaman Cendawan

1.PENYEDIAAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan:
Habuk Kayu Getah
Dedak Halus
Kapur Pertanian
Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)
Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)

Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat

Cara:
1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1
2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas
surat khabar lama dan diikat dengan getah.

Peralatan penyediaan beg cendawan
Mengaulkan Campuran Media
Mencampurkan Air
Masukkan Ke Dalam Beg
Memasang Penutup

2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN

Bahan/Peralatan:
Tong Drum,Set Dapur Gas

Cara:
1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.
2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
4. Kukus 5-6 jam.
5. Sejukkan sebelum disuntik benih.


Peralatan Mengukus
Memasukkan Pelapik Ke Dalam Tong
Isikan Air
Menyusun Beg
Kukus 5-6 jam
Sejukkan



3. PENYUNTIKAN BENIH

Bahan/Peralatan:
Benih Cendawan
Pencungkil Benih

1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan
tutup kembali mulut beg cendawan.
4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari
cahaya matahari)
5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).

4.MEMUNGUT HASIL

1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).
3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan
kelembapan dan merendahkan suhu.
4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi
berombak-ombak.
5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.


5. PENJAGAAN BEG CENDAWAN SEDIA TUAI

1.Baringkan beg cendawan di tempat yang lembab dan teduh.
2.Rehatkan 7-10 hari, sambil itu siram bahagian luar beg,jika keadaan cuaca kering an panas.
3.Setelah 7-10 hari buka penutup beg cendawan dan biarkan 2-3 hari untuk pengeluaran hasil
yang pertama. Jangan siram atau sembur air pada cendawan-cendawan kecil yang baru
tumbuh. Biarkan ia membesar sehingga cukup mengembang (sebelum tepi cendawan
berombak).
4.Petik cendawan dengan cara menarik keluar kesemua rumpun cendawan.
5.Bersihkan bahagian mulut beg cendawan dan sembur sedikit air. Tutup semula mulut beg cendawan.
6.Rehatkan selama 10 hari dan jalankan penjagaan seperti no.2 dan seterusnya.
7.Hasil boleh dipungut sebanyak 5-6 kali bagi setiap beg cendawan.
8.Beg-beg cendawan yang hendak dibuang boleh juga dipecah-pecahkan dan ditabur
sekeliling pokok sebagai baja organan.

No comments: