Wednesday, May 28, 2008

PENTERNAKAN AYAM PENELUR


Pengurusan Ternakan
Ternakan yang diuruskan dengan betul didalam persekitaran yang selesa akan membesar dan mengeluarkan hasil dengan baik dan berkualiti dengan baik dan dengan itu output ladang yang maksimum. Untuk output yang maksimum ia memerlukan integrasi sepadu dari segi kualiti anak ayam yang dibeli , pengurusan makanan , pengurusan air minuman , pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan. Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakan

Tuesday, May 27, 2008

TERNAKAN AYAM KAMPUNG


Aktiviti penternakan ayam kampung telah wujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus Domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampung iaitu kacukan diantara ayam kampung generasi pertama dengan ayam kampung Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampung adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampung. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampung yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampung dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampung mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampung seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPUNG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampung. Melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;Telur dan daging untuk makanan keluarga. Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan. Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG
Boleh dibiakkan sepanjang tahun. Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang. Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had. Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya. Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah . 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. Reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai guna kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat. Gunakan peralatan makan/minum yang murah.

PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:

-Makanan komersil/daganganMakanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)

Makanan Campuran atau Sisa Makanan

-Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa,

Dedak

- beras hancur, padi, ubi kayu/keledek Ikan baja dan lain-lain

PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)

-Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit. Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya. Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu.

Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)

-Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit. Boleh dilepaskan pada siang hari. Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi. Sediakan sarang bertelur. Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram.


PEMBIAKAN

Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli-1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina. Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur. Tempat yang sunyi, kering dan bebas dari gangguan. Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-

-Warisan, Pemakanan, Pengurusan Persekitaran, Jangkitan.

-Langkah-langkah Pencegahan Penyakit


  • Reban sentiasa bersih

  • Anak ayam bebas dari penyakit

  • Jauh dari ternakan dan haiwan lain

  • Pelawat perlu dikawal

Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan



  • Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit

  • Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.

  • Program Pencegahan penyakit

-Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)


-Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar “F”


-Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “



  • Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit

  • Kurang nafsu makan

  • Monyok dan tidak aktif

  • Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung

  • Muka bengkak

  • Berak cair atau berdarah

  • Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

    JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

  • Penyakit Gumboro (IBD)

  • Sampar ayam (ND)

  • Puru

  • Salmonellosis

  • Pasteurellosis

  • Lain-lain

Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

PANDUAN PENANAMAN PISANG


Pembeli ada dua pilihan:

1. Beli anak pisang yang kecil yang dijual dalam tabung uji dan membelanya secara sendiri dalam polibag hingga besar

2. Atau, beli pokok yang siap sedia dalam polibag untuk ditanam di pusat semaian tertentu.


Penanaman

Jika membeli terus dalam bentuk anak pisang dalam tabung uji, ikutlah peraturan di bawah.

a) keluarkan anak pisang yang kecil daripada botol dan bersihkan dengan teliti agar-agar yang melekat di bahagian akar anak pokok tersebut.

b) Pindahkan anak pisang yang telah dibersihkan ke dalam polibag berukuran 6″ X 8″ mengandungi tanah dan sabut kelapa, baja N:P:K (15:15:15) dan kompos. Letakkan polibag di bawah teduhan 70 %.


Pengairan

Siram air 3 kali sehari dalam 2 minggu pertama kemudian selepas tempoh ini, 2 kali sehari sehingga ditanam di ladang.Jarak PenanamanTanam pada ketumpatan 2200 pokok/hektar dan jarak 1.5 meter di antara pokok dalam satu baris dan 3.0 meter di antara barisan.


Pengendalian Penyakit Layu Pada Tanaman Pisang

Tanaman pisang mudah tumbuh di berbagai tempat, penanaman yang dilakukan oleh petani belum teratur dan sering dicampur dengan tanaman lainnya. Selain itu pemeliharaan tanaman pisang belum dilakukan secara intensif, sehingga produksi dan mutu buah yang dihasilkan masih rendah.Jenis Penyakita. Penyakit Layu Fusarium (Penyakit Panama)Penyakit ini disebabkan oleh jamur Fusarium oxysparum f. sp. cubense. Jamur penyebab penyakit ini hidup didalam tanah, masuk ke dalam akar, selanjutnya masuk ke dalam bonggol dan jaringan pembuluh.Gejala dari penyakit ini adalah sepanjang jaringan pembuluh pada batang semu berwarna coklat kemerahan. Daun menguning dan menjadi layu, tangkainya menjadi terkulai dan patah. Kadang-kadang lapisan luar batang semu terbelah dari bawah ke atas. Yang paling khas adalah jika pangkal batang dibelah membujur, terlihat garis-garis coklat atau hitam dari bonggol ke atas melalui jaringan pembuluh ke pangkal dan tangkai daun. Penularan penyakit ini dapat melalui bibit, tanah dan air yang mengalir mengandung spora jamur.b. Penyakit Layu Bakteri (Penyakit Darah atau Penyakit Moko)Penyakit ini disebabkan oleh bakteri Pseudomonas Solanacearum. Disebut penyakit darah, karena bila akar tinggal/bonggol tanaman sakit dipotong maka keluar cairan kental yang berwarna kemerahan dari berkas pembuluh. Gejala penyakit layu bakteri pada tanaman pisang adalah layunya daun-daun tua sebelum waktunya, daun menguning dan mati, pada tanaman muda terjadi kelayuan yang menyeluruh. Penularan penyakit ini dapat terjadi melalui bibit terinfeksi, serangga yang mengunjungi bunga, alat-alat pemangkasan dan kontak akar.c. Pengendalian Penyakit Layu• menanam bibit pisang yang sehat• melakukan pemupukan yang seimbang• sanitasidan drainase kebun yang baik agar waktu hujan, air tidak mengalir di permukaan tanah• memelihara tanaman dengan hati-hati untuk mengurangi terjadinya luka pada akar.• untuk mencegah penularan oleh serangga melalui luka pada bunga yang rontok, maka dapat dilakukan pemotongan jantung.


BINATANG PEROSAK

Binatang perosak yang seringkali menyerang pokok pisang ialah bubuk atau kumbang. Masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan racun serangga seperti dieldrin.Penyakit AnthracnoseGejala ini berlaku apabila bintik-bintik telah muncul dan menyerang buah pisang yang sedang dalam penghantaran dengan menggunakan kapal.


Penyakit Darah Pisang

Komoditas hortikultura selama ini telah memberikan kontribusi yang cukup besar terhadap pendapatan petani. Perkembangan komoditas hortikultura di NTB akhir-akhir ini mendapat perhatian besar khusus tanaman pisang karena tanaman ini banyak memberikan manfaat diantaranya pemenuhan gizi keluarga dan penambahan pendapatan petani. Pisang termasuk salah satu jenis buah buahan yang cukup potensial di NTB, populasinya cukup besar. Selain itu, permintaan domestik cukup meningkat karena pertumbuhan penduduk, kesadaran masyarakat terhadap gizi,peningkatan pendapatan dan pendidikan serta berkembangnya NTB menjadi daerah wisata nasional maupun internasional. Dua tahun terakhir perkembangan tanaman pisang di NTB mengalami penurunan terutama diakibatkan adanya serangan penyakit, yang disebabkan oleh bakteri. Ferken (1972) mengidentifikasikan penyakit darah pisang disebabkan oleh bakteri (Pseudomonas solanacearum).


CARA MENULAR

Bakteri Pseudomonas solanacearum ini dapat ditularkan ke tanaman sehat melalui : tanaman, alat-alat pertanian, tanah yang terbawa alat-alat transportasi, aliran air dan vektor serangga yang menghisap bunga (jantung) pisang. Berdasarkan pemantauan di lapangan, penyakit darah pisang sudah menyebar ke seluruh sentra pertanaman pisang di pulau Lombok dan Sumbawa. Hasil penelitian Sudirman (2000) tentang penyakit darah pisang (Pseudomonas solanacearum) menyatakan bahwa dari sepuluh jenis tanaman pisang yang diuji, pisang kepok dan pisang raja sangat peka (tidak tahan), sedangkan pisang emas lebih tahan. Pisang ketip, pisang susu, pisang hijau, pisang kapal dan pisang ambon bereaksi tidak konsisten.


TANDA SERANGAN

Penyakit Darah Pisang (Pseudomonas solanacearum) kebanyakan mulai menunjukkan tanda serangan pada tanaman yang sudah berbuah, sedang pada tanaman yang masih muda belum menampakkan tanda serangan yang jelas.

1. Pada tanaman dewasa (tanaman pisang yang sudah berbuah) tanda serangan dapat dilihat pada daun ketiga atau keempat dari atas (pucuk) yang mulai menguning serta disusul dengan daun berikutnya lalu mengering. Akibat dari semua daun menguning, maka pertumbuhan buah tidak sempurna.

2. Apabila buah-buah pisang tersebut di potong atau di belah terlihat adanya cairan atau getah kental berwarna coklat kemerahan yang berbau busuk.

3. Pada bagian dalam bungkul dan batang pisang yang sudah terkena penyakit, apabila dipotong bagian tengah terlihat bintik-bintik berwarna coklat kemerahan. Akhirnya berlanjut tanaman pisang akan menjadi kering dan mati.


UPAYA PENGENDALIAN

Ada beberapa upaya yang bisa dilaksanakan pada tingkat serangan tertentu sebagai berikut:

1. Perketat KarantinaBuah pisang dapat diangkut ke mana-mana untuk tidak terjadi serangan (menular) pada lokasi lain, perlu di perketat pengawasan lalu lintas perdagangan pisang, apakah pisang tersebut berasal dari daerah yang sudah terserang, perlu dilarang memasukkan ke daerah yang belum terserang penyakit tersebut.

2. SanitasiSanitasi sangat penting bagi petani yang mempunyai areal tanaman pisang, agar diperhatikan lingkungan kebun pisang agar selalu bersih, jangan sembarangan menempatkan batang-batang pisang yang sudah di tebang. Dan buat parit di sekitar barisan pisang, sehingga tidak tergenang apabila ada air hujan. Terapkan sistem drainase yang baik. Buat parit disekitar barisan tanaman pisang, sehingga tidak tergenang apabila ada air hujan.

3. Desinfektan peralatanPeralatan yang akan dipergunakan harus disteril/dibersihkan dulu.

4. PemupukanPemupukan dengan bahan organik akan meningkatkan aktivitas mikroorganisme antagonis untuk membunuh bakteri perusak.

5. Isolasi spot Apabila tanaman pisang sedang/akan keluar bunga dilakukan proteksi terhadap bunga tanaman pisang dari vektor serangga yaitu : di bungkus dengan kain, kertas agar tidak di kunjungi oleh serangga penular sampai selesai pembungaan.

6. EradikasiApabila sudah terjadi serangan berat pada tanaman pisang, diadakan pemusnahan (menebang semua pisang yang ada pada lahan tersebut, dan diganti dengan tanaman pisang yang tahan terhadap penyakit darah pisang (Pseudomonas solanacearum).

TERNAKAN IKAN KELI AFRIKA


Bahan-bahan

i.Induk yang telah matang

ii. Hormon peransang (Ovatide dan Ovaprim)

iii. Tangki Induk

iv. Tangki pengeraman

v. Pengudaraan

vi. Substrat pelekatan telur

vii. Bulu ayam

viii. Mangkuk bersih

ix. Air suling

x. Kain kasa

xi. Kanular


Kaedah persenyawaan kering

Kaedah persenyawaan kering ini digunakan untuk menyelaraskan masa peneluran dan penetasan yang dapat memudahkankan kerja pengurusan larva dilakukan. Kelemahan teknik ini adalah harga hormon yang mahal akibat daripada penggunaan dos hormon yang tinggi. Induk jantan juga terpaksa dibunuh dalam proses untuk mendapatkan testisnya. Sebagai penyelesaian, penggunaan hormon peransang Ovatide digunakan kerana harga yang lebih murah dan penggunaan dos yang lebih rendah.

Penyediaan dan cara kerja

Induk-induk yang matang dipilih di waktu petang daripada tangki induk. Induk akan ditmbang dan diberi dos hormon secukupnya.(Ovaprim: 0.25mg/kg bagi induk jantan,0.5mg/kg bagi induk betina. Ovatide: 0.1mg/kg bagi induk jantan, 0.2mg/kg bagi induk betina) pada pukul 9.00 malam. Selepas 12 jam, induk betina akan dilirit telurnya ke dalam mangkuk yang telah disediakan. Telur yang matang ialah telur yang mempunyai warna coklat kehijauan dan saiz serta bentuk yang sekata. Induk jantan akan dibedah dan dikeluarkan testisnya. Testis yang baik mempunyai saiz yang besar serta berwarna putih. Testis akan dipotong halus dan air mani akan dibiarkan bercampur dengan telur. Testis akan dipotong di atas kain kasa dan selepas selesai dipotong kain kasa akan diperah dan air suling digunakan untuk mencuci sisa air mani supaya mengalir ke dalam telur ikan dan tiada pembaziran berlaku. Telur akan digaul bersama dengan menggunakan bulu ayam yang telah dicuci mengikut satu arah pusingan supaya ia sekata dan tidak rosak. Telur-telur akan ditabur ke dalam tangki pengeraman yang mempunyai substrat pelekatan telur atau tidak dengan menggunakan bulu ayam. Telur-telur akan diberi pengudaraan dan dibiarkan selama 24 jam. Selepas menetas, telur yang tidak menetas akan dialihkan dan air akan ditukar sebanyak 50% untuk mengekalkan kualiti air dan mengelakkan pembiakan penyakit. Larva akan diberi makan moina 3 hari selepas menetas dan Daphnia selepas 2 minggu.Kaedah persenyawaan secara semulajadi


Dalam kaedah ini,masa peneluran cuma dapat dijangka dan tidak dapat dipastikan. Jika suhu air kurang dari 280C, induk akan bertelur selepas 12 jam. Jika suhu air melebihi 280C, Induk akan bertelur selepas 10 jam. Dalam kaedah ini induk jantan tidak akan dibunuh dan hormon peransang Ovatide disyorkan digunakan kerana keberkesanannya dan penggunaan dos yang rendah berbanding Ovaprim.Penyediaan dan cara kerjaInduk yang matang akan dipilih pada waktu petang. Induk akan ditimbang dan disuntik dengan hormon secukupnya.(Ovatide: 0.1mg/kg bagi induk jantan,0.2mg/kg bagi induk betina.) pada pukul 9 malam. Induk akan dibiarkan selama 12 jam maksimum untuk menghasilkan telur. Telur yang telah disenyawa akan dikeluarkan dan diletakkan dalam tangki pengeraman yang tidak mempunyai substrat pelekatan telur kerana keadaan telur yang telah sedia melekit dan melekat antara satu sama lain. Selepas 24 jam telur-telur akan menetas jika tiada gangguan persekitaran terutamanya suhu dan pH. Larva akan diberi makan Moina 3 hari selepas menetas dan Daphnia selepas 2 minggu. PerbincanganPenggunaan Ovatide dapat menjimatkan kos sebanyak 50% berbanding ovaprim kerana dos yang digunakan adalah separuh dari dos Ovaprim. Harga kedua-dua bahan ini adalah hampir sama dan langkah ini dapat mengurangkan kos hormon. Hormon disuntik di waktu malam untuk mengurangkan stress kepada induk.


Induk betina yang matang mempunyai abdomen yang besar dan lembut. Genital papilae mestilah panjang dan berwarna kemerah-merahan.KesimpulanKebanyakan pembenihan ini gagal kerana masalah tangki penetasan yang terdedah kepada pengaruh cuaca. Jika hujan,kebanyakan pembenihan akan gagal dan tidak menetas. Kekurangan teknik yang betul juga menyukarkan pembenihan pada pertama kali, tetapi ia telah dapat diatasi untuk pembenihan yang berikutnya. Induk yang benar-benar matang akan menghasilkan benih yang berkualiti dan tahan lasak.

PANDUAN MENANAM ROSELLE


ROSELLE, asam raya atau asam susur di kalangan orang tempatan merupakan tumbuhan industri dalam keluarga Malvacee. Tumbuhan berbunga merah dengan nama saintifik Hibiscus sabdariffa L.dipercayai berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang mendakwa ia berasal dari India.Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor. Kaliks atau kelopak dari bunga roselle boleh diproses untuk mengeluarkan jus minuman, jem dan jeli.Ia mengandungi kandungan vitamin C( asid askorbik ) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering.Selain itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks.


Roselle merupakan tanaman semusim dengan pokok bersaiz renik dan bolehtumbuh pada ketinggian 205 sentimeter ( sm ).Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga 10 bulan dan pada masa itu beberapacabang akan keluar dari batang utama.Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat.Daunnya berwarna hijau dan dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur danBertukar ke bentuk tiga jari.Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun.Buah roselle berwarna merah gelap dan akan matang pada umur 35 hari selepas bunga kembang.Setiap buah akan mengandungi lima kaliks dan bercantum bersama di bahagian bawah bunga.Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.


Penanaman

Penanaman hanya menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari.Roselle ditanam di atas batas berukuran 60 sm di tanah bris dan 90 sm di tanah mineral.Ini akan memberikan kepadatan 7, 400 pokok sehektar pada tanah mineral dan 11, 100 pokok sehektar pada tanah bris.Penanaman roselle di tanah bris memerlukan penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2.


Pengairan

Sistem pengairan di peningkat ladang perlu dibina bagi menentukan paras air 60 sm dani permukaan. Bekalan air tambahan melalui sistem pengairan renjis perlu dibina. Penyakit kulat biasa menyerang ialah reput daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan reput batang (Phoina spp).Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan. Kawalan menggunakan racun kimia seperti Carbendazim pada 0.05 peratus adalah disyorkan. Serangga perosak yang biasa menyerang Roselle adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloreta spp.).


Pengawalan boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl. Buah Roselle cukup matang dan sedia untuk dipungut pada 20 hingga 30 hari selepas bunga kembang. Pungutan buah roselle patut dilakukan pada selang tujuh hingga 10 hari untuk tempoh 50 hingga 60 hari. Pungutan dilakukan secara manual dengan memotong buah menggunakan gunting. Buah roselle perlu diproses dalam tempoh dua hari di mana buah dibuang kapsul untuk mendapatkan kaliks.

PERSOALAN TENTANG LINTAH

1.Berapakah sela masa (bulan) daripada telur kepada benih lintah?
2 hingga 3 minggu, mengikut spesis. Dalam Malaysia terdapat 6 spesis. Lintah pula tergolong dalam dua jenis, iaitu yang boleh bertelur dengan yang beranak.
2. Bilakah lintah dianggap matang serta boleh bertelur (pada bulan ke berapa) dan bilakah pula lintah dikira tamat tempoh pembiakannya?
Bila matang tak dapat dipastikan, perlu lihat pada saiz. Yang paling besar seperti sample dihantar (milik imagna & waang) sudah boleh bertelur. Tamat pembiakan pula dalam 2 hingga 3 tahun. Induk hanya boleh bertelur 20-30 ekor sahaja. Yang 300 ekor sekali bertelur itu merupakan spesis dari oversea (hanya penternak dapat tahu bilangan telur yang sebenar).
3. Apakah jenis ikan yang sesuai utk diletakkan dalam kolam lintah, bagi mengelakkan jentik-jentik daripada membiak? Sbg contoh, ikan tiger barb itu sesuai atau tidak?
Semua jenis ikan tidak sesuai diletakkan dalam kolam. Sekiranya hendak letak juga, ikan yang bukan karnivor. Jentik-jentik tidak mengapa ada dalam kolam kerana bila ia mati, jentik-jentik akan mereput dan menjadi makanan lintah.
4. Adakah berudu memakan telur lintah?
Tidak, tetapi kalau boleh elakkan kerana berudu mkn pokok.
5. Apakah perbezaan lintah hijau dan lintah coklat secara tepat?
Lintah jenis apakah daripada dua ini yang paling sesuai untuk perubatan?Masih dalam peringkat kajian.
5. Benarkah lintah hanya bertelur 3 kali sahaja, dan lintah mula bertelur pada umur berapa?Tidak. Lintah bertelur 5 hingga 6 kali. Lintah boleh bertelur banyak kali mengikut keadaan. Contohnya untuk tangki 2 kaki, letaklah 20 induk. Apabila sudah bertelur, asingkan induk sehingga induk lintah itu tidak lagi boleh bertelur.
6. Berapakah kepanjangan maksimum seekor lintah yang membesar dan bagaimanakah untuk mengenalpasti lintah yang matang secara tepat?
Untuk mengenalpasti lintah secara tepat, biarkan lintah berpuasa dan kita akan ketahui berapa kepanjangan atau lebar lintah tersebut.
7. Dalam environment bagaimanakah lintah lebih cepat membiak?
Kurang gangguan,Gelap,Sikit makan,Kualiti air pH 7 ke atas,Oksigen 4 mmg,Suhu biasa,Cahaya gelap.
8. Bagaimanakah cara untuk mengharvest lintah?
Cara manual, iaitu kutip menggunakan tangan.
9. Bagaimanakah ingin mengasingkan induk?
Apabila ingin asingkan induk, telur lintah akan berada di bawah. Dengan sebab itu, lintah-lintah tersebut hendaklah dipuasakan. Sampainya masa untuk beri makanan, ia akan member tarikan kepada lintah, dan kemudian tapis.
10. Bagaimana untuk tentukan spesis lintah?
Melalui mata, testis, corak, dan belah lintah.
11. Bagaimanakah cara yang sesuai untuk mengkaji pembiakan lintah?
Pertamanya bila induk lintah diambil, asingkan mengikut saiz. Letakkan di dalam tangki mengikut saiz dan letak di dalam bekas yang jernih supaya dapat melihat perkembangan lintah (seperti akuarium)meletakkan pokok adalah tidak perlu, tetapi pastikan keadaan kolam/tangki gelap.

TERNAKAN LINTAH






      • 1 ekor lintah dewasa boleh menghasilkan 300 lebih anak 500 ekor X 300 ekor = 150,000 ekor


      • 1kg = (anggaran 100 ekor)


      • Harga Pasaran 1kg lintah = RM60.00


      • 150,000 ekor / 100 ekor = 1500kg X RM60.00 = RM90,000


      • Standard kolam 8’(L) X 30’(P)Anggaran


      • Kos Kolam termasuk induk (benih)=RM4,000-RM5,000


      • Anggaran Kos Pembiayaan Kolam dan induk (benih) untuk 6 bulan


      • Makanan disyorkan = 439 kg X RM15 = RM6585


      • Kos belut (harga pasaran belut semasa RM10-15/kg


      • Kos Kolam + Kos PembiayaanRM5,000.00 + RM6,585.00 = RM11,585.00


      • Aggaran Keuntungan untuk satu kolam bersaiz 8’ X 30’ (240’sf) (500 benih)


      • Anggaran Jualan (1500kg) = RM 90,000


      • Anggaran Perbelanjaan (1 kolam) = RM 5,000.00


      • Anggaran Perbelanjaan (makanan) = RM 6585.00


      • Anggaran Pendapatan = RM 78,415.00RM 78,415.00 / 6 bulan = RM 13,069.00

      UNJURAN PENDAPATAN

      • 1 ekor lintah dewasa boleh menghasilkan 200 lebih anak 200 ekor X 200 ekor = 40,000 ekor


      • 1kg = (anggaran 100 ekor)


      • Harga Pasaran 1kg lintah = RM60.0040,000 ekor / 100 ekor = 400kg X RM60.00 = RM24,000


      • Standard kolam 5’(L) X 10’(P)


      • Anggaran Kos Kolam termasuk induk (benih)= RM500


      • Anggaran Kos Pembiayaan Kolam dan induk (benih) untuk 6 bulanAnggaran Makanan 6 bulan = 176 kg X RM15 = RM2640


      • Kos belut (harga pasaran belut semasa RM15-20/kgKos Kolam + Kos Induk + Kos PembiayaanRM500.00 + RM600 + RM2,640.00 = RM3,640.00


      • Aggaran Keuntungan untuk satu kolam bersaiz 5’ X 10’ (50’kp) (200 benih)


      • Anggaran Jualan (400kg) = RM 24,000-RM3,640 (Kos)


      • Anggaran Pendapatan Kasar= RM 20,360.00Kos lain = RM150(Sewa tapak&Utiliti) + RM150 (upah pekerja)= RM300x6 bulan = RM1800RM 20,350.00 – RM1800 = RM18560 / 6 bulan = RM 3,093.00
      • Pemberian makanan lintah dengan cara menjangkit kail pada belut lebih praktikal dari menggunakan jaring yang dilepaskan ke dalam kolam. Dari pengamatan, bila belut dikailkan darah akan mengalir keluar dari mulut belut dan ini dapat dihidu oleh lintah. Kocakan air oleh belut kerana sakit dikail juga menjadikan lintah yang tidak bermata ini dapat menjumpai makanan mereka.

      CARA PENANAMAN CENDAWAN



      Pendahuluan

      Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium(K) dan Posforus(P)yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap. Selain daripada tumbuh semulajadi ,ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakan. Cendawan hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Bentuk cendawan adalah pelbagai, tapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung.

      Jenis-Jenis Cendawan

      Tiram Kelabu
      Telinga Kera
      Tiram Putih
      Abalone
      Ling Zhi

      Proses Penanaman Cendawan

      1.PENYEDIAAN BEG CENDAWAN
      Bahan/Peralatan:
      Habuk Kayu Getah
      Dedak Halus
      Kapur Pertanian
      Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)
      Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)

      Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat

      Cara:
      1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1
      2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
      3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
      4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas
      surat khabar lama dan diikat dengan getah.

      Peralatan penyediaan beg cendawan
      Mengaulkan Campuran Media
      Mencampurkan Air
      Masukkan Ke Dalam Beg
      Memasang Penutup

      2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN

      Bahan/Peralatan:
      Tong Drum,Set Dapur Gas

      Cara:
      1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.
      2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
      3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
      4. Kukus 5-6 jam.
      5. Sejukkan sebelum disuntik benih.


      Peralatan Mengukus
      Memasukkan Pelapik Ke Dalam Tong
      Isikan Air
      Menyusun Beg
      Kukus 5-6 jam
      Sejukkan



      3. PENYUNTIKAN BENIH

      Bahan/Peralatan:
      Benih Cendawan
      Pencungkil Benih

      1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
      2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
      3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan
      tutup kembali mulut beg cendawan.
      4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari
      cahaya matahari)
      5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).

      4.MEMUNGUT HASIL

      1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
      2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).
      3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan
      kelembapan dan merendahkan suhu.
      4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi
      berombak-ombak.
      5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.


      5. PENJAGAAN BEG CENDAWAN SEDIA TUAI

      1.Baringkan beg cendawan di tempat yang lembab dan teduh.
      2.Rehatkan 7-10 hari, sambil itu siram bahagian luar beg,jika keadaan cuaca kering an panas.
      3.Setelah 7-10 hari buka penutup beg cendawan dan biarkan 2-3 hari untuk pengeluaran hasil
      yang pertama. Jangan siram atau sembur air pada cendawan-cendawan kecil yang baru
      tumbuh. Biarkan ia membesar sehingga cukup mengembang (sebelum tepi cendawan
      berombak).
      4.Petik cendawan dengan cara menarik keluar kesemua rumpun cendawan.
      5.Bersihkan bahagian mulut beg cendawan dan sembur sedikit air. Tutup semula mulut beg cendawan.
      6.Rehatkan selama 10 hari dan jalankan penjagaan seperti no.2 dan seterusnya.
      7.Hasil boleh dipungut sebanyak 5-6 kali bagi setiap beg cendawan.
      8.Beg-beg cendawan yang hendak dibuang boleh juga dipecah-pecahkan dan ditabur
      sekeliling pokok sebagai baja organan.